Thursday, February 26, 2009

Photography & Photographer

paparan ke-9. kali ini aku bercerita pula tentang bidang yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya belia. bidang Photography sejak kebelakangan ini banyak menampakkan bakat-bakat yang terpendam yang ada pada peminat atau pencinta bidang ini. Dari bidang ini pelbagai gaya, kretiviti serta imaginasi selalunya menghasilkan gambar yang menarik untuk di lihat. pada 22.Febuari.2009 (ahad), aku telah di jemput oleh rakan karib ku untuk menyertai seminar photography yang di anjurkan oleh Pustaka Miri dan penceramahnya terdiri member-member yang berpengalaman dalam bidang ini. walaupun seminar ini tertumpu kepada perkara asas bidang photography tetapi ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin tahu tentang bidang ini. Aku turut berpuas hati dengan apa yang telah di sampaikan oleh penceramah tersebut. Dan aku sempat mengambil beberapa snap gambar untuk tontonan...




Monday, February 23, 2009

2 Cedera Dalam Kemalangan...

Paparan ke-8 aku kali ini bercerita tentang kemalangan yang berlaku di Jalan Temenggung Datuk Oyong Lawai berdepan dengan ParkCity Everly Hotel, Miri. Kejadian ini Berlaku kira-kira jam 6:10 petang pada 22.Feb.09, di mana kereta Gen-2 yang di pandu oleh seorang wanita berbangsa cina telah melanggar sebuah motosikal dan mengakibatkan penunggang dan penumpangnya cedera. kedua-dua mangsa yang cedera berbangsa melayu dan tinggal di Kpg. Luak yang mengalami kecederaan di dagu dan patah kaki di gegaskan ke hospital dengan ambulans.








Wednesday, February 18, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan...

Paparan ke-7 aku kali ini tentang makanan dan decorasinya. Bercerita tentang makanan aku sempat menjenguk sebentar ke sebuah hotel 5* di Bandaraya Miri. Hotel tersebut terletak lebih kurang 10 minit dari bandar Peranginan Miri sekiranya anda menggunakan kenderaan. Miri Marriott Resort & Spa merupakan satu-satunya hotel bertaraf 5* di Bandaraya Miri. Dekorasi makanan yang di sediakan oleh pihak hotel amat mengkagumkan sesiapa sahaja yang berkunjung mahupun membuat apa-apa majlis di hotel tersebut. Harga makanan yang di sediakan amatlah berpatutan dengan Standart yang telah di tetapkan aoleh pihak pengurusan terutama bahagian Banquet. Kita lihat antara beberapa gambar yang aku snap...






Tuesday, February 17, 2009

Jalan-Jalan Terjumpa...

Paparan ke-6... Pada 15 Febuari 2009 aku bersia-sia di pantai dan pada waktu itu langit kelihatan mendung. Dan sedang aku berjalan sambil membawa camera, ku temui beberapa benda yang terbuang dan tersadai di persisiran pantai...
Helmet yang tak di hiraukan lagi...

Bangkai ikan yang Telah reput...

Gelas nescafe yang terbuang di merata tempat...

Maggi dimasak dalam masa 2 minit...

Monday, February 16, 2009

Lawatan TPM ke Miri, Sarawak.

Ini paparan ke-5 aku, Lawatan TPM ke Bandaraya Miri pada 13 Febuari 2009 untuk melihat sendiri kejadian banjir, tanah runtuh di kawasan yang terjejas serta memberi bantuan berupa wang tunai dan sokongan kepada mangsa yang di timpa bencana. Dari sini dapatlah kita melihat sikap penyayang yang ada pada TPM serta isteri yang sanggup ke Miri semata-mata untuk berjumpa sendiri dengan rakyat yang di timpa bencana. Beliau juga menerima bantuan daripada syarikat-syarikat swasta yang memberi sumbangan untuk membantu mereka yang memeerlukan. Pada waktu ini juga adanya siaran langsung di siaran televisyen RTM.








3 Maut Dalam Kemalangan...

Ini papran ke-3 aku, kemalangan maut ini berlaku di coastal road(jalan baru Miri - Batu Niah) pada 10 FEB 2009. Kejadian ini berlaku apabila 3 orang pekerja sedang membaiki lori yang rosak di tepi jalan dan kemudian datang sebuah kenderaan lalu melanggar 3 pekerja tersebut dan mengakibatkan mereka mati dengan serta merta di tempat kejadian. Saksikan gambar berikut.





Mati Akibat Bermain Mercun...

Ini Paparan ke-2 aku, kejadian ini berlaku di sebuah rumah di kawasan Sg. Baong Miri. Mangsa yang berasal dari Indonesia(mengikut sumber) telah mati di tempat kejadian serta merta. Kejadian ini berpunca apabila mangsa menyedari bahawa Batang paip yang berisi mercun yang beliau bakar tidak meletup dan mangsa terus melihat ke arah hadapan corong paip tersebut dan hasilnya mercun tersebut meletup serta menyebabkan mangsa jadi seperti gambar berikut.

Paip yang digunakan...
..
Pembantu Perubatan sedang memeriksa mangsa...

Percikan darah melebihi 3 meter dari mangsa...

Berani mencuba!!!

Kepala mangsa pecah sehingga menyebabkan otaknya terkeluar...

Jangan biarkan ini berlaku...

Awas...

Huh!!!

Pegawai Polis Membuat Penyiasatan...

Lihatlah persekitaran yang tidak selamat ini...