Monday, March 30, 2009

Jangan Melanggar Lampu Isyarat...

Kemalangan ini berlaku d persimpangan lampu isyarat Ocean Park, Miri. Kejadian ini berpunca daripada sikap pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat... Berlaku pada 10.15pm, 29 March 2009. Aku dapat panggilan dan terus pergi ke tempat kejadian. Mangsa telah di bawa ke hospital untuk rawatan.. Pemandu Viva merupakan seorang wanita manakala pemandu van adalah warga emas... Kedua-dua mangsa berbangsa cina. Keadaan mangsa tidak dapat di ketahui...



Jom Makan-Makan...

Paparan berikutnya adalah tentang CItra Rasa Miri 2009 dari 27-29 March 2009... Gambar penuh selama 3 hari boleh lah di lihat di www.flickr.com/photos/inspirasifoto ... Terima kasih kat mieanyss, affy, anyssmie dan member-member yang turut shoot sama-sama... good jobs!!






Monday, March 16, 2009

Nizam & Yasmin...

Paparan majlis perkahwinan aku yang seterusnya adalah di antara Nizam & pasangannya Yasmin yang berlangsung di kediaman Yasmin dan di Dewan Suarah, Miri... Aturcara majlis bermula pada 13 March 2009(Jumaat) iaitu malam berinai dan pada keesokan harinya 14 March 2009(Sabtu) berlangsunnya majlis pernikahan 2 mempelai ini... Dan pada 15 March 2009(Ahad) berlangsung pula majlis persandingan Raja Sahari ini di Rumah pengantin perempuan dan seterusnya di Dewan Suarah bagi pihak lelaki... Pada sebelah petang pula pasangan Raja Sahari ini di bawa ke pantai untuk melakukan adat-adat perkahwinan mereka... Dan di akhiri dengan sesi photo shoots oleh pakar-pakar fotografi... Apen, Affy(http://www.affyajoy.wordpress.com/), Ann & Aku dari crew Unisys Syndicate (www.unisys.fotopages.com) untuk majlis ini mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia kepada pasangan Raja Sahari...
http://www.flickr.com/photos/inspirasifoto or http://www.inspirasifoto.multiply.com/ for more Picture & Story...















Wednesday, March 11, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 2009 - Miri...

Sambutan Maulidur Rasul di Miri pada Isnin 09 Mar 2009 disambut dengan jiwa yang kental walaupun hari pada waktu itu hujan dan perarakan terpaksa dimulakan pada jam 9:00 pagi selepas hujan mula redha... aku dan beberapa orang rakan turun berkesempatan mengambil gambar walaupun dalam suasana hujan... inilah cabaran yang perlu di tempuhi oleh seorang jurugambar... saksikanlah beberapa gambar untuk di hayati...hahaha









Pusaran Air & Hujan di Laut...

Sepetang ahad 08 Mar 2009 jam 5:00 petang aku pergi ke Luak Esplanate untuk melihat suasana di sana dan tiba-tiba aku ternampak pusaran air bagaikan puting beliung dan hujan yang berada di lautan... dan aku terus mengambil senjata ku di dalam kereta untuk menangkap beberapa gambar, dan ini lah hasilnya yang tak seberapa... aku sempat juga membawa seorang rakan untuk bersama-sama melepak di sana dan melihat pemandangan yang kadang-kadang mengelirukan...







Mohd. Nurrizzam dan Siti Nur Adhadiah...

Coretan aku yang berikutnya adalah tentang perkahwinan kawan ku dengan pasangannya hari ahad lepas 08 Mar 2009. Aku pergi majlis tersebut jam 10:00 pagi, macam biasalah kan... lepas pergi rumah pengantin lelaki, aku join pula pergi rumah pengantin perempuan... selepas Raja Sahari nie tukar baju kami photo shoot lah dalam bilik... walaupun aku bukan official photographer untuk majlis nie tapi aku tetap berpuas hati dengan layanan yang di berikan.. atas sebab-sebab adat resam pengantin tidak dibenarkan keluar rumah selama 3 hari dan outdoor photo shoot tidak dapat dilakukan... ini adalah beberapa gambar yang aku rasakan sesuai untuk di paparkan pada skrin komputer...